LABUAN: Pemeriksaan imigresen secara pandu lalu sepenuhnya di terminal feri ro-ro (roll on-roll off) di sini berjalan lancar, dan rata-rata pengembara yang ingin ke tanah besar Sabah berpuas hati dengan proses itu.
Menerusi kaedah baharu itu yang dilancarkan hari ini, pemandu dan penumpang tidak perlu keluar dari kenderaan, hanya menunjukkan dokumen perjalanan (kad pengenalan) mereka kepada petugas imigresen di kios pandu lalu untuk pengesahan.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Ismail berkata konsep pemeriksaan secara pandu lalu itu akan memberikan perkhidmatan yang selesa kepada pengembara terutamanya warga emas, wanita hamil, dan mereka yang membawa anak kecil dan Orang Kurang Upaya (OKU).
"Kami menjangkakan rungutan orang ramai apabila memperkenalkan dasar baharu terhadap semakan dokumen perjalanan.
"Justeru, kami akan memastikan pemeriksaan ini tidak membebankan orang ramai sebaliknya memudahkan proses untuk aliran trafik ke feri yang lancar," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata kaedah pandu lalu itu diperkenalkan selepas orang ramai mengkritik proses pemeriksaan imigresen di terminal feri itu yang dilaksanakan bermula 1 Nov lepas, dikatakan menyukarkan pengembara yang terpaksa beratur panjang untuk pelepasan.
Rithuan juga sekali lagi mengingatkan pengembara untuk menyediakan dokumen perjalanan mereka lebih awal sebelum menghampiri kios imigresen di terminal supaya proses aliran keluar pengembara ke feri lebih lancar.
Sementara itu, Mohd Ismail Said, 47, yang ditemui di terminal berkata pandu lalu ialah kaedah terbaik dan berharap konsep itu turut dilaksanakan di terminal feri Menumbok bagi mengelakkan pengguna beratur panjang dan lama.
"Kaedah ini memudahkan saya dan ahli keluarga, kami hanya duduk di dalam kereta dan menunjukkan kad pengenalan kepada kakitangan imigresen di kios dan kurang dari tiga minit semuanya selesai," katanya.
Kementerian Dalam Negeri pada 10 Sept lepas mengarahkan Jabatan Imigresen untuk menguatkuasakan kawalan lebih ketat di dua terminal feri Labuan terutamanya untuk pengembara bukan dari Sabah yang menuju ke tanah besar Sabah.
Kawalan ketat itu diperlukan bagi memastikan tiada aliran bebas pengembara di pintu utama terminal feri ke tanah besar Sabah melalui jeti Tanjung Pagar Sipitang, Menumbok dan Jesselton.
Pemeriksaan imigresen lebih ketat di terminal itu adalah atas permintaan kerajaan Sabah kerana terdapat dakwaan mengenai penyalahgunaan dasar aliran bebas di terminal berkenaan yang menyebabkan jumlah kemasukan ke Sabah tidak terkawal.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 06 2022
Pemandu dan penumpang tidak perlu keluar dari kenderaan, hanya tunjukkan dokumen perjalanan (kad pengenalan) kepada petugas imigresen. - Bernama
Anwar rai jasa Prof Izutsu, penterjemah al-Quran ke bahasa Jepun
Antara sumbangan Prof Toshihiko Izutsu yang luar biasa dan paling diingati ialah pencapaiannya menterjemah Al-Quran ke bahasa Jepun.
PDRM kesan skim penipuan pelaburan 'MIDF Investment' libat kerugian lebih RM2 juta
PDRM mengesan kewujudan skim penipuan pelaburan 'MIDF Investment' yang menawarkan skim pelaburan melalui aplikasi Facebook dengan keuntungan dalam tempoh antara tiga hingga enam jam.
SKM nafi ada kaitan dengan syarikat ALLSTAR CAPITAL
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat ALLSTAR CAPITAL dan syarikat berkenaan juga tidak bernaung di bawah SKM.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Papua New Guinea pantau situasi kejadian tanah runtuh
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Port Moresby boleh dihubungi melalui nombor telefon 675-3251506 (waktu pejabat) dan 675-3252076 (selepas waktu pejabat).
48 penumpang, anak kapal SQ321 masih dirawat di hospital di Bangkok
Setakat tengah hari Jumaat, masih terdapat 34 pesakit yang dirawat di Srinakarin, 12 di Sukhumvit dan dua di Hospital Bangkok.
Sepak takraw: Malaysia sekarang lebih kuat dari Thailand - Pengurus Thailand
Pengakuan itu dibuat Tumpracha selepas menyaksikan Malaysia menumbangkan Thailand dalam acara double dan regu di Stadium Titiwangsa, Rabu lepas.
DSA NATSEC Asia 2024 buka peluang integrasi teknologi terkini dalam keamanan negara
Penganjuran DSA NATSEC Asia 2024 memberi peluang kepada syarikat industri pertahanan dan keselamatan tempatan memperkenalkan serta mempamerkan keupayaan masing-masing selari dengan kemajuan teknologi.
Dituduh curi wang, warga emas dipukul anak dengan kerusi
Siasatan awal mendapati punca kejadian ialah suspek yang berusia 35 tahun menuduh bapanya telah mengambil wang sebanyak RM1,500.
Restoran runtuh di Kepulauan Balearic Sepanyol, 4 terkorban
Insiden itu berlaku apabila sebuah restoran yang terletak di tingkat bawah bangunan tersebut tenggelam ke tingkat bawah tanah.
Bank Dunia lulus projek AS$40 juta bantu sektor pekerjaan Kemboja
Di bawah Skills for Better Jobs Project, kira-kira 33,000 rakyat Kemboja dijangka menerima latihan untuk meningkatkan kualiti pasaran buruh.
Imigresen gagalkan sindiket penyeludupan manusia di ibu negara
Pasukan operasi diatur gerak ke premis itu dan bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek di lot parkir.
JKDM patahkan cubaan seludup keluar diesel lebih RM4,000 ke negara jiran
JKDM Perlis berjaya mematahkan cubaan menyeludup 2,001 liter minyak diesel dianggarkan bernilai RM4,302.15 ke negara jiran dalam tiga rampasan berasingan pada 24 April lepas.
JIM, KDN teroka penggunaan kod QR di pintu masuk negara
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneroka kaedah penggunaan kod respons pantas (QR) di beberapa pintu masuk utama negara bagi menangani isu kesesakan.
Boleh mohon pas sempadan di Kompleks Imigresen Kelantan
Menurut beliau, setiap bulan JIM Kelantan mengeluarkan 15,000 pas sempadan kepada penduduk di negeri ini.
Imigresen Perak gempur pelacur warga asing, 24 ditahan
Serbuan dibuat berdasarkan hasil pemantauan dan risikan yang telah dijalankan oleh Unit Risikan JIM di kesemua lokasi tersebut.
Proses rekod, semak biometrik pelancong asing masih dilaksanakan - KP Imigresen
Proses semakan keselamatan seperti merekod dan menyemak biometrik pelancong asing termasuk dari China dan India masih dilaksanakan di semua pintu negara.
Imigresen laksana pemantauan 'omnipresence' di sekitar ibu negara
Antara kawasan tumpuan ialah KLCC, Jalan Silang, Kota Raya, Bukit Bintang dan Chow Kit.
Aidilfitri: QRT bertugas 12 jam bantu kelancaran operasi kaunter pemeriksaan CIQ BSI
Terdapat seramai 12 pegawai QRT ditempatkan di BSI, yang berperanan sebagai pegawai gantian melibatkan kesemua kaunter laluan pemeriksaan kenderaan.
Isu dakwaan kekerasan di depoh tahanan Imigresen, masih tiada wakil HRW tampil - KDN
Katanya, pihaknya sudah menyatakan kesediaan untuk bersemuka, namun sehingga kini, NGO itu masih belum memberi sebarang maklum balas.
Perlis akan cadang pintu sempadan Padang Besar dibuka hingga 12 tengah malam
Pihaknya akan menyediakan kertas cadangan untuk dipertimbangkan KDN, dengan proses menyiapkan kertas itu dijangka bermula selepas raya.